Thursday, January 20, 2011

Expose

                                ALESANA
    Expose kali ini memaparkan kumpulan yang menjadi kegilaan anak muda(termasuk aku!).Alesana bermula die Bailtimore,Maryland dimana dua orang sahabat,Shawn Milke dan Patrik Thompson bertemu serta berkongsi minat yang sama terhadap muzik iaitu post hardcore dan screamo.Mereka bersepakat untuk menubuhkan sebuah band.Ini membawa mereka ke Raleigh,North Carolina.Disini mereka bertemu dengan Dennis Lee(vokalis),Steven Tommy(pemain bass),dan Daniel Magnuson(pemain drum) yg membentuk formasi awal sebuah band yg di panggil Alesana.Kini Alesena terdiri daripda Dennis Lee(vokal),Shawn Milke(vokal,gitar rythm),Patrik Thompson(gitar utama),Jeremy Bryan(dram),Shane Crump(bass,vokal) dan Alex Torres(gitar)



    Alesana,satu nama yg diambil bersempena nama sebuah jalan di Baltimore iaitu Aliceanna St.Secara rasminya band ini ditubuhkan pada Oktober 2004.Mereka membawakan gabungan muzik post hardcore atau 'screamo generasi kedua',iaitu satu gabungan muzik post hardcore dan emocore tetapi mempunyai perubahan tempo dan dinamik pada lagu-lagunya.Vokalnya berselang seli antara vokal jeritan Dennis dan vokal Shawn yang lebih bermelodi yang kadang kala kedengaran seperti lagu-lagu pop


    Di bawah lebel Tragic Hero Records,mereka telah menerbitkan demo yang mengandungi 3 buah lagu iaitu 'Apology','Beautiful in Blue' dan 'Goodbye,Goodnight for Good' yang dimuatkan didalam kompilasi 'All the Tragedy Money Can Buy'.Pada tahun 2006,mereka telah meriliskn album yang bertajuk 'On Frail Wings Of Vanity And Wax'.Tajuk album ini diambil dari kisah Icarus yang cair sayapnya ketika mahu menghampiri matahari.Album 'Where Myth Fades to Legend' pila dikeluarkan pada tahun 2008 manakala pada tahun lepas (2010) mereka telah melancarkan album terbaru yg berjudul 'The Emptiness.


    Mereka boleh dihubungi di www.myspace.com/alesana.

No comments:

Post a Comment