Wednesday, January 5, 2011

Expose

                                     Blessthefall

    Diasaskan sekitar tahun 2004,band yang berasal dari Phoenix,Arizona ini memang terkenal dikalangan peminat muzik post-hardcore.Jika Enter Shikari memasukan elemen trance dalam muzik mereka,Blessthefall pula lebih selesa kepada identiti awal persembahan selepas era oldschool hardcore iaitu screamo.Di awal penubuhan Blessthefall,mereka telah melalui pelbagai peristiwa suka duka semasa membuat tour di tempat mereka selain mendapat jemputan di luar Arizona.Berkat usha gigih mereka,nama Blessthefall mula miniti di bibir peminat di seluruh Amerika.


    Mereka telah melancarkan album kedua mereka yang bertajuk 'Witness' yang telah menemui peminat pada 6 Okteber 2009.Sebelum pelancaran album 'Witness' dilancarkan secara rasmi,tiga buah lagu iaitu "God Wears Gucci","To Hell and Back",dan "We'll Sleep When We're Dead" telah diperdengarkan secara rasmi di laman Myspace mereka.Album edaran Fearless Record ini menjanjikan suatu bunyian yg segar dengan penambahan instrumen keybord yang dimainkan oleh Bokan.


    Selain Bokan selaku vokalis,Blessthefall turut dianggotai oleh Eric Lambert(gitar utama/vokal),Mike Frisby(gitar),Jerad Warth(bass/vokal) serta Matt Traynor(drum).Mereka boleh dihubungi di www.myspace.com/blessthefall.

No comments:

Post a Comment