Wednesday, February 9, 2011

Expose

        A LOT LIKE DEATH
    A Lot Like Death(local band) ataupun singkatannya ALLD ditubuhkan sekitar tahun 2008 dimana mejoriti ahli ALLD berasal daripada sebuah band bernama Scarlet Camellia yang bermain genre post-hardcore.Setelah vokalis scarlet Camellia tidak dapat memberikan komitmen,ahli-ahli lain mencari vokalis baru.Maka muncullah Zack tetapi vokal Zack lebih kepada growl serta unsur-unsur metal itu sendiri.Setelah berbincang,mereka bersetuju untuk membubarkan Scarlet Camellia dan menubuhkan sebuah band baru yg diberi nama ALLD.

    ALLD pada awalnya dianggotai oleh Zack(vok),Eio(gitar),Kecik(gitar)Daus(bass) serta Pali(drum).Namun jodoh Daus tidak berpanjangan dan digantikan oleh Ayep.Bergenrekn deathcore mestilah mempunyai pengaruh serta panduan muzik mereka.Antara band-band ynag menjadi pengaruh kepada muzik mereka ialah Job For a Cowboy,Veil Of Maya,Carnifex,Miss May I dan Suicide Silence.Nyata muzik mereka memang mantap dengan susunan serta komposisi yang menarik sehingga membuatkan crowd tidak berganjak ketika menyaksikan persembahan mereka.

    Setakat ini ALLD telah menghasilkan 1 demo iaitu 'Unborn' pada tahun 2009 yang memuatkan 3 buah lagu live dan apa yang menariknya demo tersebut telah sampai hingga ke US(fuuhhhh!).Mereka dalam perancangan untuk menghasilkan EP  pada masa akan datang dan akan cuba menembusi pasaran Singapura dan Indonesia.

    Mereka boleh dihubungi di www.myspace.com/alotlikedeath dan facebook.com/alotlikedeath

No comments:

Post a Comment