Friday, December 17, 2010

Expose

                                       INCARNATION

  INCARNATION(INC) ditubuhkan oleh Udey pada 2005.Ketika itu,line terdiri daripada Udey,Payet,Munet,Mat Joe,dan Boy.Disebabkn hal peribadi,Boy,Payet,Munet dan Mat Joe meninggalkan INC lalu digantikan dengan Cokman,Najmi,Shah dan Azim.Tidak lama kemudian Cokman pula terpaksa meninggalkan INC kerana ingin menumpukan perhatian terhadap perniagaannya iaitu METACORE.Posisi vokal lemudiannya digantikan oleh Yadd.INC mula memeperkenalkan muzik mereka di studio-studio die Semenanjung Malaysia dan lama-kelamaan INC mula mendapat peluang untuk bermain die venue-venue yg lebih besar.

  Ketika ini,INC sudah pun mengeluarkan satu EP dan satu album yang bertajuk "Stainless Perfect Murder" dimana album tersebut diperkatakan di antara release terberat di arena muzik metal.INC telah meluaskn sayap mereka di Indonesia dimana mereka adalah diantara opening-band untuk Killing Me Inside,salah satu band screamo kegilaan di sana.Disamping itu,mereka juga berpeluang untuk menjadi opening-band untuk Soilwork dan Parkway Drive.

  INC kini di dalam perancangan untuk mempromosikan album mereka di Thailand,Indonesia dan Australia.Terdapat beberapa perbincangan di antara Fast Youth Records,Jakarta dan juga Premature Records,Surabaya untuk melancarkan album Incarnation versi Indonesia serta tour kedua mereka di dua lokasi serta Bandung,Jogjarkarta.Bogor dan Semarang.

  Dengan kemudahan-kemudahan seperti studio rakaman yg murah serta berkualiti dan juga Myspace,Facebook dan sebagainya tidak mustahil arena muzik metal di Malaysia mampu berkembang maju.Pastinya INC tidak mahu melepaskan peluang untuk mewarnai scene underground di Malaysia.

No comments:

Post a Comment