Wednesday, March 16, 2011

Expose

   MASSACRE CONSPIRACY
    Muka mereka ini kelihatan 'jambu'.hahaha.tapi jangan pandang dari luarannya sahaja.Untuk pengetahuan korang semua,Massacre Conspiracy merupakan salah sebuah band metalcore yang sedang menaik dalam scene underground di Malaysia.MC pada asalnya merupakan gabungan dua buah band berasingan iaitu UponTheRiverSky dan Our Time Honored.

    Berpangkalan di Selayang,MC dianggotai oleh enam pemuda  iaitu Ash(mid metalcore screams),Mio(high screams),Sonny(gitar/voc),Faiz(gitar),OneJet(bass),Emy(drum) dan Ax selaku pemain keybord.Mereka ini kebanyakannya sudah saling mengenali antara satu sama lain serta mempunyai pengaruh muzik yang sama.Antara pengaruh mereka termasuklah Underoath,The Devil Wears Prada,As I  Lay Dying dan Parkway Drive.

    Terkini,MC sedang giat memenuhi jemputan gig di sekitar ibu kota serta beberapa venue seluruh negara bagi memantapkan persembahan mereka.Target utama mereka ialah menembusi pasaran Indonesia.Masih bergerak secara diy,mereka masih berhubung dengan organizer gig seperti Gegey Music untuk mendapatkan slot bagi persembahan mereka.

    Setakat ini,MC telah menghasilkan sebuah demo bertajuk 'The Prophecies' yang memuatkan tiga buah lagu.Walaupun berstatus demo,tetapi kuantiti jualan begitu menggalakan sehinggakn Mc mensasarkan untuk membuat album penuh.MC juga pernah meriliskan sebuah single yang bertajuk 'Start Looking Towards The Sky'.Perancangan mereka ialah mahu memastikan  nama Massacre Conspiracy sebaris dengan nama-nama band melodic metalcore yang sudah berjaya.

    Mereka boleh dihubungi di www.myspace.com/massacreconspiracy

1 comment: